Friday, April 06, 2012

On the Malay Essay

Saw a 5-year-old essay that I wrote back when I was still in secondary school. I was amazed I could write so well back then. LMAO! And this was just the ending! Gosh, no wonder I thought I used to want to go into literature at one time. LOL

Sesungguhnya, kita tidak boleh melarikan diri daripada melakukan pencemaran, kerana dalam setiap aktiviti yang kita lakukan, kita akan mencemarkanatmosfera kita, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Walaubagaimanapun, seandainya kita merenung kembali segala yang kita lakukan, kita sebenarnya boleh cuba untuk mengurangkan kemdaratan yang dikenakan ke atas atmosfera kita. Dengan bekerjasama dngan pihak kerajaan dan pihak yang berkenaan, serta mengikuti segala undang-undang dan peraturan yang diwartakan, insya Allah, kita akan dapat meminimumkan pencemaran udara melalui aktiviti-aktiviti harian seperti pembebasan asap kenderaa, merkok, penggunaan bahan kimia yang mudah meruap dan sebagainya. Kita juga seharisnya menyokong penyelidikan sumber tenaga alternatif kerana pembakaran bahan api fosil mencemarkan udara di samping pengurangan simpanan di perut bumi.

Atmosfera kita merupakan tanggungjawab semua. Laporan terbaru daripada angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa menyatakan bahawa atosfera bumi telahpn teruk mengalami pencemaran dan telah menjadi bagaikan kulit telur yang bakal pecah pada bila-bila masa. Bayangkan apakah yang akan berlaku apabila atmosfera kita tidak dapat lagi menampng kehidupan di muka bumi ini?

Oleh itu, kita seharusnya menyedari betapa pentingnya atmosfera kepada manusia sejagat dan perlu berganding bahu dalam memelihara dan memuliharanya. Selain menyumbang kepada kehidupan yang lebih harmoni, langkah ini juga penting untuk memastikangenerasi mendatang juga berpeluang untuk menimati udara yang segar. Sesungguhnya kita bukanlah penghuni tetap di bumi ini, dan genarasi yang akan datang turut berhak untk mendiami bumi yang selesa.

Membendung pencemaran udara, tanggungjawab bersama; Menjaga kualiti udara, peranan semua...

Sama-samalah kita menjaga keindahan dan kebersihan udara kita.

3 Jujus:

[SK] said...

WOW!!!

Danny said...

good job..
tapi .. kenapa banyak sangat ' kita' ? ;p

ZT said...

haha:i think malaysian chinese's malay is superb....(maybe it is the easiest language to master among all the languages we learn...(in my opinion)....:)